Sabah Menyertai Sukan Olimpik



Pada tahun 1956, Sabah dikenali North Borneo pada ketika itu telah menyertai sukan sukan Olimpik yang berlangsung di Melbourne Australia.

Sabah menghantar dua orang atlet dalam acara men tripple jump dan berjaya menduduki tempat ke 24 & 28, dua orang atlet bernama Gabuh Piging & Sium bin Diau.



Idahan & Kerajaan yg Hilang

Masyarakat Idahan di Sabah lebih sinonim dengan pemungut hasil sarang burung yang terkenal tetapi adakah anda tahu bagaimana masyarakat Idahan boleh berkecimpung di dalam perdagangan sarang burung yang sekaligus mendapat pengiktirafan dari Kerajaan British sebagai pemegang hak yang sah sebagai warisan hasil sarang burung secra turun-temurun di gua Madai, Baturung, Segarung dan Tepadung?

Segala yang berlaku bukanlah secara kebetulan tetapi ada cerita di sebalik kejadian yang perlu di ungkap dan di uraikan kepada masyarakat umum di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia.


Menurut kajian bebas Mutalib MD dahulunya Sabah mempunyai kerajaan sendiri yang ditubuhkan oleh kaum Idahan yang dinamakan “Kerajaan Idahan” yang berpusat di Tag Bangi (kini di namakan Merendung).

Hasil dari kajian yang beliau jalankan selama 5 tahun, ada bukti menunjukkan bahawa terdapatnya bekas tapak Istana kerajaan Idahan yang terletak di Merendung Silabukan di daerah Lahad Datu.

Selain dari itu juga, beliau telah berjaya menemui fossil hasil peninggalan sejarah kerajaan Idahan seperti keris dan pelbagai jenis peralatan yang diperbuat dari seramik seperti pinggan dan juga teko.

Setelah di teliti dan di kaji secara mendalam, kesan tinggalan seramik bukanlah berasal dari mana-mana kawasan di nusantara tetapi adalah di percayai berasal dari negara China. Seramik tersebut diperbuat semasa era pemerintahan kerajaan dinasti Ming dan di percayai telah di bawa oleh pedagang untuk di perdagangkan di Tag Bangi pada ketika itu.

Dan ini jelas menunjukkan bahawa terjadinya pusat perdagangan bebas antara kerajaan Idahan dan juga Kerajaan China yang berpusat di Tag Bangi.Pernyataan ini dikuatkan lagi dengan pelayaran hebat laksamana Cheng Ho yang bermula pada tahun 1405 ke seluruh pelusuk Nusantara, Laksamana Cheng Ho merupakan seorang utusan kerajaan dinasti Ming yang di utuskan untuk meluaskan pengaruh kerajaan dinasti Ming China ke seluruh kerajaan yang ada yang bertujuan untuk menonjolkan kerajaan dinasti Ming adalah sebuah negara yang gagah dan juga ingin memperluaskan jaringan hubungan perdagangan antara kerajaan yang wujud pada ketika itu.

Ekspedisi pelayaran Cheng Ho yang pertama telah di sertai lebih kurang 28 ribu anak kapal dengan 300 buah kapal laut dan 6 antaranya merupakan yang besar berukuran 122m panjang dan 52m lebar dan ianya lebih besar dari kapal Vasco De Gama yang hanya berukuran 23m panjang dan 5 meter lebar.Semasa melakukan ekspedisi pelayaran, Laksamana Cheng Ho telah membawa pelbagai hadiah berupa seramik, batu permata, kain sutera dan barangan mewah yang lain untuk di berikan sebagai hadiah daripada kerajaan dinasti Ming kepada setiap ketua pemerintah yang beliau kunjungi.


Fakta ini menguatkan lagi teori beliau bahawa kerajaan Idahan memang benar-benar wujud dengan penemuan peralatan seramik yang dipercayai dari negeri china dan ia di perbuat semasa era pemerintahan kerajaan dinasti Ming, China.Dalam sekitar tahun 1408, seorang lelaki Idahan bernama Abdullah telah memeluk Islam melalui seorang Makhdum dan ini jelas tercatit dalam manuskrip berbahasa Idahan yang bertulisan jawi yang kini disimpan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara.


Sekali lagi fakta ini menunjukkan bahawa memang wujudnya “Kerajaan Idahan” pada masa itu kerana dalam sejarah pengembangan Islam di Nusantara, para ulama dan pengembang Islam akan bertemu dengan ketua pemerintah pada sesuatu kerajaan terlebih dahulu sebelum ajaran agama Islam di kembangkan ke seluruh pelusuk tanah jajahan kerajaan tersebut.Walaupun tiada bukti yang kukuh, masyarakat Idahan mengakui bahawa mereka sudah lama menjalin hubungan perdagangan dengan menghantar bekalan sarang burung kepada kerajaan pemerintahan dinasti Ming.


Ada teori menyatakan bahawa ekspedisi pelayaran Laksamana Cheng Ho pernah menyusuri sungai Kinabatangan tetapi pernyataan ini tidak dapat di pastikan kesahihanya dan ada teori mengatakan bahawa Laksamana Cheng Ho pernah ke gua Madai untuk mendapat bekalan sarang burung dari kerajaan pemerintah iaitu kerajaan Idahan.


Teori ini dapat dikuatkan lagi dengan adanya hasil penulisan diari perjalanan seorang wanita Inggeris ke Borneo di mana beliau ada menyatakan bahawa beliau berminat untuk melihat sendiri bagaimana aktiviti pengambilan sarang burung dilakukan dan beliau telah mengambil keputusan untuk menjelajah gua gomantong dengan menyusuri sungai Kinabatangan. Tetepi oleh sebab laluan di anggap sukar, beliau telah menukar rancangan dan mengambil keputusan untuk pergi ke gua Madai di mana perjalananya ke sana adalah lebih mudah berbanding ke gua gomantong.

Tetapi teori ekspedisi perjalanan Cheng Ho di Kinabatangan tidak harus diketepikan dimana penemuan beberapa ratus keranda yang di percayai mempunyai persamaan dengan keranda kayu yang terdapat di China dan Vietnam telah di jumpai dalam sebuah gua yang bernama Agop tulug berdekatan Sungai Kinabatangan.

Penemuan keranda tersebut tidak berhenti di situ sahaja kerana ia turut di temui di gua Madai, gua Baturong, gua Segarong dan gua Tepadung.Ini sekaligus membuktikan bahawa adanya hubungan perdagangan kerajaan Idahan dan kerajaan dinasti Ming untuk medapat bekalan sarang burung dan secara tidak langsung berjaya mengemukakan satu teori baru bahawa ekspedisi pelayaran Cheng Ho telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dengan meninggalkan beberapa pahlawan untuk turut serta menjaga sarang burung di gua-gua Madai, Baturong, Tepadung dan Segarong yang bertujuan memastikan bekalan sarang burung sentiasa berkekalan dan dapat di hantar ke negara China.

Teori ini dapat di perjelaskan dengan nyata dimana menurut M.Y Ismail seorang pengkaji dengan thesis yang bertajuk Social Control and Brid Nest Among Idahan ada menyatakan bahawa disebabkan minat yang tinggi pedagang China terhadap sarang burung, masyarakat Idahan lebih bersikap berhati-hati dengan tidak menunjukkan lokasi gua-gua sarang burung tersebut tetapi akan berjanji akan terus memberi bekalan kepada pedagang China dan berjumpa mereka di kawasan pesisir pantai Teluk Darvel.

Tetapi kemungkinan telah berlaku perlanggaran janji, maka kerajaan pemerintahan dinasti Ming melalui ekspedisi Laksamana Cheng Ho telah mengekalkan para pahlawan mereka untuk menjaga kepentingan sarang burung di gua-gua Madai, Baturong, Tepadung dan Segarong agar sarang burung sentiasa dihantar ke negara China.Sarang burung mempunyai nilai yang amat tinggi pada masa itu kerana khasiatnya yang di percayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya jantung dan kulit.

Sejarah Yang Di Abaikan

Sabah merupakan negeri yang terletak di Pulau Borneo(Kalimantan) dan keluasan Sabah adalah kedua yang terbesar di Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum telah menjadikan Sabah adalah sebuah negeri yang unik malah turut kaya dengan alam semula jadi yang pasti menambat hati para pecinta alam.


Apa yang hendak di ketengahkan bukanlah kekayaan alam semula jadi semata-mata tetapi sejarah disebalik keindahan alam yang perlu di ungkap dan di teroka agar ia di ketahui oleh semua penduduk di Malaysia.

Sejarah Sabah telah bermula semenjak zaman pra-sejarah lagi dimana artifak dan bukti telah ditemui wujudnya penempatan awal di Tingkayu, Gua Madai dan Baturong yang dipercayai bermula pada 28,000 tahun sebelumnya.

Kajian dan penerokaan telah dilakukan di tapak pra-sejarah tersebut dan hasil dari kajian telah menemukan beberapa peralatan yang diperbuat dari batu yang dipercayai berusia lebih dari 30 000 tahun dahulu. Selain dari itu aktiviti ketamadunan manusia telah wujud sekian lama dimana para sejarahwan percaya bahawa dahulunya Tingkayu adalah pusat pembuatan bagi barangan berasaskan batu yang masyhur lagi 'advance' kerana peralatan berasaskan batu sepertinya juga telah ditemui di sekitar Asia Tenggara yang dipercayai digunakan pada 17000 -20000 tahun yang lampau.

Hipotesis

Setelah membuat kajian 'literature' sejarahwan kita dapat mengandaikan bahawa tapak pra-sejarah Tingkayu bermula lebih awal dari tapak sejarah yang berada di Asia Tenggara dan kenyataan ini kuatkan dengan sebab berikut:
1. Peralatan yang sama dijumpai di beberapa tempat Asia Tenggara merupakan peralatan yang sama yang ditemui di Tingkayu.
2. Peralatan yang ditemui di Tingkayu adalah berusia lebih dari 30,000 tahun manakala peralatan lainya hanyalah berusia 17,000 - 20,000 tahun.
3. Kilang pembuatan telah dipercayai wujud di Tingkayu lebih awal.

Selain dari itu juga, saya berpendapat bahawa Tingkayu merupakan pusat tamadun manusia yang terawal di Asia Tenggara di mana selama tempoh 10,000 tahun telah berlakunya migrasi penduduk malah teknologi pembuatan ke serata benua Asia Tenggara.

 
Serenity Blogger Template